DOA UNTUK IBUBAPA

"Ya Allah, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa kesalahan ibubapa kami, serta kasihanilah ibubapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihi kami semasa kecil"

Wednesday, August 24, 2011

Berlapar ada hikmahnya?

Menurut Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda maksudnya:

"Cahaya hikmah ialah lapar, dan kejauhan dari Allah 'azza wajallah' ialah kenyang, dan hampir kepada Allah ialah cintakan orang miskin serta mendekati mereka. Janganlah kamu kenyang kerana dengan kenyang kamu akan memadamkan cahaya hikmah dari hati kamu. Siapa yang tidur malam dalam keadaan ringan dari makanan nescaya bidadari tidur di sekelilingnya hingga ke pagi".

Mungkin ini juga hikmah puasa jugak kan?wallualam..

Tuesday, August 23, 2011

Rasullulah menyeru kepada kaum muslimin agar...

...agar mereka memiliki sifat-sifat mulia dan menjauhi sifat-sifat yang keji. Banyak hadis yang berhubungan dengan ini, di antaranya:

maksudnya:

"Sesungguhnya orang yang sangat dicintai dan sangat dekat kepadaku pada hari kiamat ialah orang Islam yang paling baik akhlaknya diantara kamu sekalian, suka menerima tamu, senang kepada orang dan disenangi orang".

maksudnya:

"Sesungguhnya seorang mukmin dengan akhlak yang baik menyamai darjat orang yang puasa yang beribadah di malam hari ".

maksudnya:

"Kebahagiaan seseorang terletak pada budi pekerti yang baik".

maksudnya:

"Sebahagian besar manusia yang masuk syurga ialah kerana takwa kepada Allah dan berakhlak yang baik".

maksudnya:

"Sesungguhnya kamu tidak dapat mencukupi keperluan manusia hanya dengan harta benda saja, tapi cukupilah mereka dengan wajahmu yang ramah dan akhlakmu yang baik".

maksudnya:

"Manakah di antara orang-orang mukmin yang paling utama imannya?baginda menjawab, ialah orang yang baik akhlaknya".

sumber: Buku Penawar Bagi Hati;185 (Abdul Aziz Ismail)

Contohi Rasullulah saw : Bab makanan

Makanan yang paling digemari baginda ialah makanan yang dimakan bersama orang ramai. Pada bulan Ramdhan baginda diumpamakan seperti angin yang berhembus (sangat pemurah) kerana baginda tidak menahan sesuatu apapun untuk diberikan. Imam Ali bin Abi Talib berkata:"Bahawa Rasulullah saw adalah manusia yang paling pemurah. banyak bukti kepermurahan baginda sejak sebelum baginda diangkat menjadi Rasul." Sayyidah khadijah berkata:"Bahawa Rasulullah saw suka menguatkan silaturahim, suka menolong orang yang lemah dan mengusahakan sesuatu untuk orang yang miskin dan suka menolong orang yang sedang menderita musibah."

Sumber: Buku Penawar Bagi Hati;192 (Abdul Aziz Ismail)

Contohi Rasullulah saw : Berpakaian

Rasulullah mempunyai pakaian serta baju dan katun (kain cotton), tidak dalam dan pendek lengannya, pula jubah yang sempit lengannya dan baju dalam yang panjangnya empat hasta dan lebarnya dua hasta dan satu jengkal dan baju Yamani yang panjangnya enam hasta serta lebarnya tiga hasta satu jengkal. Kedua bajunya itu dipakai pada hari Jumaat dan dua hari raya, kemudian dilipat. Dan baginda juga mempunyai baju hijau yang panjangnya empat hasta lebarnya dua hasta satu jengkal yang akhirnya dipakai oleh para khalifah berganti-ganti.

Ketika baginda wafat Sayyidah Aisyah mengeluarkan baju bulu dan kain sarung yang tebal dan berkata:"Rasulullah wafat sedangkan memakai baju dan sarung ini."

sumber: Buku Penawar Bagi Hati;220 (Abdul Aziz Ismail)

Monday, August 22, 2011

Untuk wanita

Sabda nabi saw yang bermaksud:

"Seorang wanita yang hamil daripada suaminya yang dikahwini secara sah dan suaminya pula meredhainya kerana selalu taat, Allah akan memberi pahala sepertimana pahala orang berpuasa fisabilillah (kerana Allah). Bila ia merasa sakit untuk melahirkan anaknya Allah akan beri lagi pahala yang tidak terbilang oleh manusia kerana terlalu banyak. Apabila telah lahir, setiap teguk susu yang diteguk dari tubuhnya oleh anaknya, Allah balas dengan satu kebajikan tiap seteguk. Bila ia semalaman pula berjaga (tidak tidur) kerana menjaga anaknya, maka Allah akan balas lagi dengan pahala seperti pahala membebaskan 70 orang hamba dalam fisabilillah dengan ikhlas."

(H.R. Al-Hassan bin Safwan, At-Tabrani dan Ibnu Asakir)

Sunday, August 21, 2011

11 Hikmah Puasa & Kelebihan Bulan Ramadhan

1. Seluruh umat Islam berpuasa dan menjadikan mereka bersatu hati mengabdikan diri kepada Allah.

2. Rasa insaf dan syukur tidak kira kaya atau miskin.

3. Melahirkan ketakwaan kepada Allah swt.

4. Menyembuhkan penyakit dengan cara merehatkan perut ketika berpuasa.

5. Melatih diri dengan sifat sabar dan menambah ketakwaan.

6. Mendapat kasih sayang Allah bagi orang-orang yang berpuasa.

7. Meraikan perayaan IBADAH dengan memperbanyakkan amal jariah dan sedekah kerana berganda pahala yang Allah berikan pada bulan Ramadhan.

8. Mendapat keampunan Allah.
Sabda Rasulullah saw, "Sesiapa berpuasa Ramdhan dengan penuh keimanan, mengharapkan balasan Allah akan diampunkan dosa-dosa yang lalu".

9. Dibuka semua pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka & syaitan dirantai.

10. Malam Nuzul Quran menyaksikan peristiwa penting dengan turunnya Al-Quran (17 Ramdhan), diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga akhir zaman.

11. Malam 'Lailatul Qadar' satu malam yang penuh dengan keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) dan ganjaran pahala daripada Allah.

Sumber:

Hadiah Buat Muslimah
(Panduan Asas Fiqah Wanita)
Uzth Siti Nurbahya Mahmood . Ida Ezyani Othman

Hukum Sunat Anak

Khitan atau bersunat

Makna khitan:

Khitan memberi makna memotong. Makna di sini memotong sedikit bahagian yang tertentu daripada anggota tubuh yang tertentu.

Khitan Bagi Wanita:

1. Memotong sedikit kulit yang terdapat di bahagian atas virgina (faraj) yang dikenali sebagai clitoris.
2. Bagi wanita mereka akan dikhitankan semasa bayi.

Khitan Bagi lelaki:

1. Mereka akan dikhitankan setelah mereka mencapai akhir baligh.

Hukum Khitan:

1. Imam Syafie berpendapat khitan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan.

2. Imam Hambali mengatakan bahawa khitan hanya wajib bagi lelaki tetapi sunat bagi perempuan.

Sumber: Hadiah Buat Muslimah (Panduan Asas Fiqah Wanita)
Ustz Siti Nurbahiyah Mahmood. Ida Ezyani Othman

Friday, August 19, 2011

Tips beli barang raya:Hati2 dgn produk 'kulit babi'





titik tiga dalam satu tompok bentuk segitiga


1. Sebelum memilih kasut atau barang2 yang berkenan dihati, tengok dulu stuktur barangan tersebut samada dari kulit babi atau tidak. Kalau ada tiga titik dalam satu tompok dan berbentuk segitiga ia memang sah kulit babi.



struktur dari kulit babi


2. Barang2 dari kulit babi biasanya lebih murah.



3. Biasanya ia terletak di bahagian lapisan dalam kasut.



4. Biasanya strukturnya lebih lembut.



5. Biasa terdapat tuk kasut kanak-kanak perempuan, kasaut dewasa dan sandle lelaki.



terdapat juga dari produk2 seperti bekas Hp dan lain-lain



P/s: sebagai orang Islam kita perlu hati-hati dengan produk yang tidak halal ni. untuk maklumat lanjut boleh layari laman web halal.gov.my


Sumber: Kuliah tanyalah Ustaz TV9 (Produk halal)

Muhasabah tentang solat kita...2

"...Ibn Abi Syaibah, Ahmad dan Al-Hakim meriwayatkan, sahabat Huzaifah bin Yaman berkata, "Pekara pertama yang akan luput dari agama mu ialah khusyuk dan akhirnya yang akan luput darimu ialah solat. ikatan Islam akan terungkai satu demi satu..."

Sumber: Dr Danial Zainal Abidin

Muhasabah tentang solat kita

"...Abdullah ibn Abbas berkata, "Maksud 'mensia-siakan solat' bukanlah meninggalkan solat sama sekali, tetapi melewatkannya dari waktunya". imam Said ibn Al-Musayyab mempunyai pendapat sama dengan Abdullah ibn Abbas. Beliau berkata, "Mereka melaksanakan solat zuhur dalam waktu asar, solat asar dalam waktu maghrib, solat maghrib dalam waktu isyak, solat isyak ditangguhkan sehingga masuk waktu subuh dan solat subuh dilaksanakan selepas matahari terbit. Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat, dia akan dihumban masuk ke dalam sebuah lembah yang bernama Ghay di dalam neraka dan diberikan makanan yang amat jijik". Hal ini disebutkan dalam Al-Asas fit tafsir oleh Said hawa..."

Sumber: Dr Danial Zainal Abidin

Thursday, August 18, 2011

Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar

1. Sinar cahaya kuat pada malam Lailatul Qadar berbanding dengan malam yang lain.

2. Bertambah kuat cahaya pada malam itu.

3. Ketenangan dan kelapangan hati yang dirasakan oleh orang-orang yang beriman lebih kuat dari malam-malam yang lainnya.

4. Angin dalam keadaan tenang pada malam lailatul Qadar, tidak berhembus kencang dan tiada guruh.

5. Kadang-kadang Allah swt memperlihatkan malam Lailatul Qadar kepada seorang melalui mimpi.

6. Kenikmatan beribadah dirasakan oleh seseorang pada malam Lailatul Qadar lebih tinggi dari malam-malam yang lain.

Sumber: Al-ISLAM Ogos 2011

Terjemahan Surah Al-Qadr


Al-QADR
surah ke-97
5 ayat, Makkiyyah

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha Penyayang

1. Sungguh kami telah menurunkannya (AL-Quran) pada malam Qadar.

2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?

3. malam kemuliaan itu adalah baik daripada seribu bulan.

4. Pada malam itu turunnya malaikat dan Ruh (JIBRIL) dengan izin tuhannya untuk mengatur semua urusan.

5. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar.

Sumber: Al-Quran dan terjemahan
Resam Uthmani
Pustaka Darul Iman

Tuesday, August 16, 2011

3 Tip Pemakanan Seimbang

1.Mengurangkan makanan ringan

Makanan ringan yg mengandungi perasa yg berlebihan, memberikan kesan jangka panjang yg tidak baik untuk kesihatan antaranya penyakit darah tinggi dan kencing manis.

2. Menjauhi makanan berlemak

Makanan yg banyak lemak perlu dijauhi. Kesihatan anak-anak pada zaman 60-an berbeza dengan anak-anak masa kini.anak-anak dulu semua slim-slim, anak- anak sekarang semua gemuk dan mengidap penyakit. Fikirkan yg terbaik untuk anak-anak.

3. Amalkan cara pemakanan Rasulullah saw



  • Rasullulah kata "Makan ketika lapar tetapi BERHENTI SEBELUM KENYANG".



  • Baginda suka makan makanan yg sihat mcm susu kambing untuk kesihatan tulang. Kismis dan madu untuk minda.



  • Namun jika tidak diamalkan sejak kecil mereka tidak akan menyukainya nanti.



  • Sekali-sekala anak perlu dididik untuk makan satu lauk sahaja, supaya mereka dapat merasai kesusahan orang miskin. jangan membazir, bersyukur dan makanan mewah bukan satu kemestian.

lanjutnya dapatkan majalah SOLUSI#34

Monday, August 15, 2011

Tahukah Anda Ada 3 Golongan Manusia Di Muka Bumi ini

1. Hidup semi dunia semata-mata

Allah swt berfirman yang maksudnya:"Dan tentu mereka akan mengatakan (pula):'hidup hanyalah kehidupan di dunia ini sahaja, dan kita sekali-sekali tidak akan dibangkitkan' " (surah al-An'am 6:29)

Golongan itu ialah golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan mengingkari hari kebangkitan.

2. Golongan yang percaya kewujudan akhirat namun...

Namun mereka tidak berusaha ke arah mencapai kebahagiaan "di sana". Mereka selamba bersuka ria dan berhibur di dunia tanpa berusaha gigih untuk menggapai kebahagiaan di akhirat.

3. Golongan yang menggangap dunia di ladang akhirat.

mereka menanam di sini untuk menuai di akhirat kelak. Allah berfirman yang bermaksud:"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. maka tidakkah kamu memahaminya?"(surah al-An'am 6:32)

Dimana agaknya kita?
Tepuk dada tanya iman.

Sumber:Solusi #33

Rebut 5 Sebelum 5

Rebutlah lima pekara sebelum datang lima pekara:

1. Masa muda sebelum tua.

2. Masa sihat sebelum sakit.

3. Masa lapang sebelum sibuk.

4. Masa kaya sebelum jatuh miskin.

5. Masa hidup sebelum mati.

(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

3 Pekara yang harus Disegerakan

Nabi saw ada memberikan tiga pekara yang perlu disegerakan, tetapi bukan tergesa-gesa kelalaian.

"Tiga pekara yang jangan dilambat-lambatkan iaitu:

1. Solat apabila telah masuk waktunya.

2. Jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan)

3. Anak gadis jika sudah temui yang sesuai untuknya."

(Riwayat al-Tirmizi)

Sumber: Solusi #33

Sunday, August 14, 2011

Boleh Buat Maksiat, tapi dengan Syarat…

Ada seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari HIDAYAH telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat bernama, Ibrahim Adham.

Beliau bertanya, apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat.

Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham:

“kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat:

1. Jangan kamu makan rezeki Allah..kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah.

2. Jangan kamu tinggal di bumi Allah..kerana tidak layak orang yang tinggal dibumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepadanya.

3. Buat maksiat…ditempat yang Allah tidak Nampak akan kamu.

4. Sekiranya malaikat maut datang…hendak mencabut nyawamu, maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau dapat bertaubat. Sekiranya engkau dapat melakukan pekara tersebut, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.

5. Sekiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang…hendak mengheretmu ke dalam neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya.sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.”

Setelah mendengar kata-kata tersebut, lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seorang hamba Allah untuk melakukan maksiat kepadanya.

Akhirnya, lelaki itu menemui jalan hidayah. Dia bertaubat kepada Allah swt dengan bersungguh-sungguh. Sejak itu, dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba Allah yang soleh.

Sumber:SOLUSI ISU#33

Thursday, August 11, 2011

Tahukah anda: mandi…

Pada waktu petang kerana panas dan haus bukanlah makruh seperti yang didakwa sebilangan masyarakat, bahkan termasuk dalam pekara-pekara sunnah sebagaimana kata-kata Abu Bakar r.a:”Aku melihat rasulullah s.a.w. di al-Arj (sebuah tempat), baginda menyiram air ke kepalanya dalam keadaan baginda berpuasa, kerana dahaga atau kepanasan.”(Riwayat abu daud)

Sumber: SOLUSi EDISI KHAS ISU#34

(untuk maklumat lanjut boleh lah rujuk dalam majalah SOLUSI Panduan Hidup Bersyariat m/s 37)

Tahukah anda: Orang yang sakit…

Tetapi tidak mendatangkan kemudaratan yang jelas, maka tidak dibenarkan berbuka. Tetapi jika sebelah pagi dia berpuasa kemudian jatuh sakit pada sebelah tengah hari, maka dibolehkan baginya berbuka. Sekiranya seseorang pesakit berpuasa dan kemuudian telah sembuh, maka dia tidak boleh berbuka kerana keringanan baginya hilang.

Sumber: SOLUSi EDISI KHAS ISU#34

(untuk maklumat lanjut boleh lah rujuk dalam majalah SOLUSI Panduan Hidup Bersyariat m/s 37)

Tahukah anda: Tidak menjadi kesalahan…

Bagi seseorang itu melaksanakan solat sunat witir selepas solat terawih. Namun, lebih afdal jika dia mampu untuk bangun pada waktu malam dan melakukan solat witir sesudah solat-solat sunat lain dan kemudian bersahur.

Sumber: SOLUSi EDISI KHAS ISU#34

(untuk maklumat lanjut boleh lah rujuk dalam majalah SOLUSI Panduan Hidup Bersyariat m/s 37)

Tahukah anda: Orang yang berpuasa…

Disunatkan mandi selepas berjunub sebelum terbit matahari supaya bersih bermula dari awal pagi. Sekiranya tidak mandi, puasanya tetap sah kerana berjunub pada malam hari tidak membatalkan puasa. Tetapi seelok-eloknya disegerakan mandi wajib supaya tidak meninggalkan solat fardu dengan sengaja.

Sumber: SOLUSi EDISI KHAS ISU#34

(untuk maklumat lanjut boleh lah rujuk dalam majalah SOLUSI Panduan Hidup Bersyariat m/s 37)