DOA UNTUK IBUBAPA

"Ya Allah, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa kesalahan ibubapa kami, serta kasihanilah ibubapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihi kami semasa kecil"

Wednesday, August 24, 2011

Berlapar ada hikmahnya?

Menurut Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda maksudnya:

"Cahaya hikmah ialah lapar, dan kejauhan dari Allah 'azza wajallah' ialah kenyang, dan hampir kepada Allah ialah cintakan orang miskin serta mendekati mereka. Janganlah kamu kenyang kerana dengan kenyang kamu akan memadamkan cahaya hikmah dari hati kamu. Siapa yang tidur malam dalam keadaan ringan dari makanan nescaya bidadari tidur di sekelilingnya hingga ke pagi".

Mungkin ini juga hikmah puasa jugak kan?wallualam..

Tuesday, August 23, 2011

Rasullulah menyeru kepada kaum muslimin agar...

...agar mereka memiliki sifat-sifat mulia dan menjauhi sifat-sifat yang keji. Banyak hadis yang berhubungan dengan ini, di antaranya:

maksudnya:

"Sesungguhnya orang yang sangat dicintai dan sangat dekat kepadaku pada hari kiamat ialah orang Islam yang paling baik akhlaknya diantara kamu sekalian, suka menerima tamu, senang kepada orang dan disenangi orang".

maksudnya:

"Sesungguhnya seorang mukmin dengan akhlak yang baik menyamai darjat orang yang puasa yang beribadah di malam hari ".

maksudnya:

"Kebahagiaan seseorang terletak pada budi pekerti yang baik".

maksudnya:

"Sebahagian besar manusia yang masuk syurga ialah kerana takwa kepada Allah dan berakhlak yang baik".

maksudnya:

"Sesungguhnya kamu tidak dapat mencukupi keperluan manusia hanya dengan harta benda saja, tapi cukupilah mereka dengan wajahmu yang ramah dan akhlakmu yang baik".

maksudnya:

"Manakah di antara orang-orang mukmin yang paling utama imannya?baginda menjawab, ialah orang yang baik akhlaknya".

sumber: Buku Penawar Bagi Hati;185 (Abdul Aziz Ismail)

Contohi Rasullulah saw : Bab makanan

Makanan yang paling digemari baginda ialah makanan yang dimakan bersama orang ramai. Pada bulan Ramdhan baginda diumpamakan seperti angin yang berhembus (sangat pemurah) kerana baginda tidak menahan sesuatu apapun untuk diberikan. Imam Ali bin Abi Talib berkata:"Bahawa Rasulullah saw adalah manusia yang paling pemurah. banyak bukti kepermurahan baginda sejak sebelum baginda diangkat menjadi Rasul." Sayyidah khadijah berkata:"Bahawa Rasulullah saw suka menguatkan silaturahim, suka menolong orang yang lemah dan mengusahakan sesuatu untuk orang yang miskin dan suka menolong orang yang sedang menderita musibah."

Sumber: Buku Penawar Bagi Hati;192 (Abdul Aziz Ismail)

Contohi Rasullulah saw : Berpakaian

Rasulullah mempunyai pakaian serta baju dan katun (kain cotton), tidak dalam dan pendek lengannya, pula jubah yang sempit lengannya dan baju dalam yang panjangnya empat hasta dan lebarnya dua hasta dan satu jengkal dan baju Yamani yang panjangnya enam hasta serta lebarnya tiga hasta satu jengkal. Kedua bajunya itu dipakai pada hari Jumaat dan dua hari raya, kemudian dilipat. Dan baginda juga mempunyai baju hijau yang panjangnya empat hasta lebarnya dua hasta satu jengkal yang akhirnya dipakai oleh para khalifah berganti-ganti.

Ketika baginda wafat Sayyidah Aisyah mengeluarkan baju bulu dan kain sarung yang tebal dan berkata:"Rasulullah wafat sedangkan memakai baju dan sarung ini."

sumber: Buku Penawar Bagi Hati;220 (Abdul Aziz Ismail)

Monday, August 22, 2011

Untuk wanita

Sabda nabi saw yang bermaksud:

"Seorang wanita yang hamil daripada suaminya yang dikahwini secara sah dan suaminya pula meredhainya kerana selalu taat, Allah akan memberi pahala sepertimana pahala orang berpuasa fisabilillah (kerana Allah). Bila ia merasa sakit untuk melahirkan anaknya Allah akan beri lagi pahala yang tidak terbilang oleh manusia kerana terlalu banyak. Apabila telah lahir, setiap teguk susu yang diteguk dari tubuhnya oleh anaknya, Allah balas dengan satu kebajikan tiap seteguk. Bila ia semalaman pula berjaga (tidak tidur) kerana menjaga anaknya, maka Allah akan balas lagi dengan pahala seperti pahala membebaskan 70 orang hamba dalam fisabilillah dengan ikhlas."

(H.R. Al-Hassan bin Safwan, At-Tabrani dan Ibnu Asakir)

Sunday, August 21, 2011

11 Hikmah Puasa & Kelebihan Bulan Ramadhan

1. Seluruh umat Islam berpuasa dan menjadikan mereka bersatu hati mengabdikan diri kepada Allah.

2. Rasa insaf dan syukur tidak kira kaya atau miskin.

3. Melahirkan ketakwaan kepada Allah swt.

4. Menyembuhkan penyakit dengan cara merehatkan perut ketika berpuasa.

5. Melatih diri dengan sifat sabar dan menambah ketakwaan.

6. Mendapat kasih sayang Allah bagi orang-orang yang berpuasa.

7. Meraikan perayaan IBADAH dengan memperbanyakkan amal jariah dan sedekah kerana berganda pahala yang Allah berikan pada bulan Ramadhan.

8. Mendapat keampunan Allah.
Sabda Rasulullah saw, "Sesiapa berpuasa Ramdhan dengan penuh keimanan, mengharapkan balasan Allah akan diampunkan dosa-dosa yang lalu".

9. Dibuka semua pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka & syaitan dirantai.

10. Malam Nuzul Quran menyaksikan peristiwa penting dengan turunnya Al-Quran (17 Ramdhan), diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga akhir zaman.

11. Malam 'Lailatul Qadar' satu malam yang penuh dengan keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) dan ganjaran pahala daripada Allah.

Sumber:

Hadiah Buat Muslimah
(Panduan Asas Fiqah Wanita)
Uzth Siti Nurbahya Mahmood . Ida Ezyani Othman

Hukum Sunat Anak

Khitan atau bersunat

Makna khitan:

Khitan memberi makna memotong. Makna di sini memotong sedikit bahagian yang tertentu daripada anggota tubuh yang tertentu.

Khitan Bagi Wanita:

1. Memotong sedikit kulit yang terdapat di bahagian atas virgina (faraj) yang dikenali sebagai clitoris.
2. Bagi wanita mereka akan dikhitankan semasa bayi.

Khitan Bagi lelaki:

1. Mereka akan dikhitankan setelah mereka mencapai akhir baligh.

Hukum Khitan:

1. Imam Syafie berpendapat khitan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan.

2. Imam Hambali mengatakan bahawa khitan hanya wajib bagi lelaki tetapi sunat bagi perempuan.

Sumber: Hadiah Buat Muslimah (Panduan Asas Fiqah Wanita)
Ustz Siti Nurbahiyah Mahmood. Ida Ezyani Othman