DOA UNTUK IBUBAPA

"Ya Allah, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa kesalahan ibubapa kami, serta kasihanilah ibubapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihi kami semasa kecil"
Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

Berlapar ada hikmahnya?

Menurut Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda maksudnya:

"Cahaya hikmah ialah lapar, dan kejauhan dari Allah 'azza wajallah' ialah kenyang, dan hampir kepada Allah ialah cintakan orang miskin serta mendekati mereka. Janganlah kamu kenyang kerana dengan kenyang kamu akan memadamkan cahaya hikmah dari hati kamu. Siapa yang tidur malam dalam keadaan ringan dari makanan nescaya bidadari tidur di sekelilingnya hingga ke pagi".

Mungkin ini juga hikmah puasa jugak kan?wallualam..

Sunday, August 21, 2011

11 Hikmah Puasa & Kelebihan Bulan Ramadhan

1. Seluruh umat Islam berpuasa dan menjadikan mereka bersatu hati mengabdikan diri kepada Allah.

2. Rasa insaf dan syukur tidak kira kaya atau miskin.

3. Melahirkan ketakwaan kepada Allah swt.

4. Menyembuhkan penyakit dengan cara merehatkan perut ketika berpuasa.

5. Melatih diri dengan sifat sabar dan menambah ketakwaan.

6. Mendapat kasih sayang Allah bagi orang-orang yang berpuasa.

7. Meraikan perayaan IBADAH dengan memperbanyakkan amal jariah dan sedekah kerana berganda pahala yang Allah berikan pada bulan Ramadhan.

8. Mendapat keampunan Allah.
Sabda Rasulullah saw, "Sesiapa berpuasa Ramdhan dengan penuh keimanan, mengharapkan balasan Allah akan diampunkan dosa-dosa yang lalu".

9. Dibuka semua pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka & syaitan dirantai.

10. Malam Nuzul Quran menyaksikan peristiwa penting dengan turunnya Al-Quran (17 Ramdhan), diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga akhir zaman.

11. Malam 'Lailatul Qadar' satu malam yang penuh dengan keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) dan ganjaran pahala daripada Allah.

Sumber:

Hadiah Buat Muslimah
(Panduan Asas Fiqah Wanita)
Uzth Siti Nurbahya Mahmood . Ida Ezyani Othman

Thursday, August 18, 2011

Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar

1. Sinar cahaya kuat pada malam Lailatul Qadar berbanding dengan malam yang lain.

2. Bertambah kuat cahaya pada malam itu.

3. Ketenangan dan kelapangan hati yang dirasakan oleh orang-orang yang beriman lebih kuat dari malam-malam yang lainnya.

4. Angin dalam keadaan tenang pada malam lailatul Qadar, tidak berhembus kencang dan tiada guruh.

5. Kadang-kadang Allah swt memperlihatkan malam Lailatul Qadar kepada seorang melalui mimpi.

6. Kenikmatan beribadah dirasakan oleh seseorang pada malam Lailatul Qadar lebih tinggi dari malam-malam yang lain.

Sumber: Al-ISLAM Ogos 2011

Terjemahan Surah Al-Qadr


Al-QADR
surah ke-97
5 ayat, Makkiyyah

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha Penyayang

1. Sungguh kami telah menurunkannya (AL-Quran) pada malam Qadar.

2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?

3. malam kemuliaan itu adalah baik daripada seribu bulan.

4. Pada malam itu turunnya malaikat dan Ruh (JIBRIL) dengan izin tuhannya untuk mengatur semua urusan.

5. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar.

Sumber: Al-Quran dan terjemahan
Resam Uthmani
Pustaka Darul Iman

Thursday, August 11, 2011

Tahukah anda: mandi…

Pada waktu petang kerana panas dan haus bukanlah makruh seperti yang didakwa sebilangan masyarakat, bahkan termasuk dalam pekara-pekara sunnah sebagaimana kata-kata Abu Bakar r.a:”Aku melihat rasulullah s.a.w. di al-Arj (sebuah tempat), baginda menyiram air ke kepalanya dalam keadaan baginda berpuasa, kerana dahaga atau kepanasan.”(Riwayat abu daud)

Sumber: SOLUSi EDISI KHAS ISU#34

(untuk maklumat lanjut boleh lah rujuk dalam majalah SOLUSI Panduan Hidup Bersyariat m/s 37)

Tahukah anda: Orang yang sakit…

Tetapi tidak mendatangkan kemudaratan yang jelas, maka tidak dibenarkan berbuka. Tetapi jika sebelah pagi dia berpuasa kemudian jatuh sakit pada sebelah tengah hari, maka dibolehkan baginya berbuka. Sekiranya seseorang pesakit berpuasa dan kemuudian telah sembuh, maka dia tidak boleh berbuka kerana keringanan baginya hilang.

Sumber: SOLUSi EDISI KHAS ISU#34

(untuk maklumat lanjut boleh lah rujuk dalam majalah SOLUSI Panduan Hidup Bersyariat m/s 37)

Tahukah anda: Tidak menjadi kesalahan…

Bagi seseorang itu melaksanakan solat sunat witir selepas solat terawih. Namun, lebih afdal jika dia mampu untuk bangun pada waktu malam dan melakukan solat witir sesudah solat-solat sunat lain dan kemudian bersahur.

Sumber: SOLUSi EDISI KHAS ISU#34

(untuk maklumat lanjut boleh lah rujuk dalam majalah SOLUSI Panduan Hidup Bersyariat m/s 37)

Tahukah anda: Orang yang berpuasa…

Disunatkan mandi selepas berjunub sebelum terbit matahari supaya bersih bermula dari awal pagi. Sekiranya tidak mandi, puasanya tetap sah kerana berjunub pada malam hari tidak membatalkan puasa. Tetapi seelok-eloknya disegerakan mandi wajib supaya tidak meninggalkan solat fardu dengan sengaja.

Sumber: SOLUSi EDISI KHAS ISU#34

(untuk maklumat lanjut boleh lah rujuk dalam majalah SOLUSI Panduan Hidup Bersyariat m/s 37)

Tahukah anda:Wanita…

Yang berada dalam keadaan haid perlu mengantikan puasa yang ditinggalkan, tetapi tidak perlu menggantikan solat yang ditinggalkan. Daripada Aisyah r.ha, beliau berkata;”Kami diperintahkan untuk mengantikan puasa, tetapi kami tidak diperintahkan untuk mengantikan solat.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sumber: SOLUSi EDISI KHAS ISU#34

(untuk maklumat lanjut boleh lah rujuk dalam majalah SOLUSI Panduan Hidup Bersyariat m/s 37)