DOA UNTUK IBUBAPA

"Ya Allah, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa kesalahan ibubapa kami, serta kasihanilah ibubapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihi kami semasa kecil"
Showing posts with label Fikir-fikirkan. Show all posts
Showing posts with label Fikir-fikirkan. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Tips beli barang raya:Hati2 dgn produk 'kulit babi'





titik tiga dalam satu tompok bentuk segitiga


1. Sebelum memilih kasut atau barang2 yang berkenan dihati, tengok dulu stuktur barangan tersebut samada dari kulit babi atau tidak. Kalau ada tiga titik dalam satu tompok dan berbentuk segitiga ia memang sah kulit babi.



struktur dari kulit babi


2. Barang2 dari kulit babi biasanya lebih murah.



3. Biasanya ia terletak di bahagian lapisan dalam kasut.



4. Biasanya strukturnya lebih lembut.



5. Biasa terdapat tuk kasut kanak-kanak perempuan, kasaut dewasa dan sandle lelaki.



terdapat juga dari produk2 seperti bekas Hp dan lain-lain



P/s: sebagai orang Islam kita perlu hati-hati dengan produk yang tidak halal ni. untuk maklumat lanjut boleh layari laman web halal.gov.my


Sumber: Kuliah tanyalah Ustaz TV9 (Produk halal)

Monday, August 15, 2011

Tahukah Anda Ada 3 Golongan Manusia Di Muka Bumi ini

1. Hidup semi dunia semata-mata

Allah swt berfirman yang maksudnya:"Dan tentu mereka akan mengatakan (pula):'hidup hanyalah kehidupan di dunia ini sahaja, dan kita sekali-sekali tidak akan dibangkitkan' " (surah al-An'am 6:29)

Golongan itu ialah golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan mengingkari hari kebangkitan.

2. Golongan yang percaya kewujudan akhirat namun...

Namun mereka tidak berusaha ke arah mencapai kebahagiaan "di sana". Mereka selamba bersuka ria dan berhibur di dunia tanpa berusaha gigih untuk menggapai kebahagiaan di akhirat.

3. Golongan yang menggangap dunia di ladang akhirat.

mereka menanam di sini untuk menuai di akhirat kelak. Allah berfirman yang bermaksud:"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. maka tidakkah kamu memahaminya?"(surah al-An'am 6:32)

Dimana agaknya kita?
Tepuk dada tanya iman.

Sumber:Solusi #33

Rebut 5 Sebelum 5

Rebutlah lima pekara sebelum datang lima pekara:

1. Masa muda sebelum tua.

2. Masa sihat sebelum sakit.

3. Masa lapang sebelum sibuk.

4. Masa kaya sebelum jatuh miskin.

5. Masa hidup sebelum mati.

(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

3 Pekara yang harus Disegerakan

Nabi saw ada memberikan tiga pekara yang perlu disegerakan, tetapi bukan tergesa-gesa kelalaian.

"Tiga pekara yang jangan dilambat-lambatkan iaitu:

1. Solat apabila telah masuk waktunya.

2. Jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan)

3. Anak gadis jika sudah temui yang sesuai untuknya."

(Riwayat al-Tirmizi)

Sumber: Solusi #33

Sunday, August 14, 2011

Boleh Buat Maksiat, tapi dengan Syarat…

Ada seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari HIDAYAH telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat bernama, Ibrahim Adham.

Beliau bertanya, apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat.

Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham:

“kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat:

1. Jangan kamu makan rezeki Allah..kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah.

2. Jangan kamu tinggal di bumi Allah..kerana tidak layak orang yang tinggal dibumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepadanya.

3. Buat maksiat…ditempat yang Allah tidak Nampak akan kamu.

4. Sekiranya malaikat maut datang…hendak mencabut nyawamu, maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau dapat bertaubat. Sekiranya engkau dapat melakukan pekara tersebut, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.

5. Sekiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang…hendak mengheretmu ke dalam neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya.sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.”

Setelah mendengar kata-kata tersebut, lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seorang hamba Allah untuk melakukan maksiat kepadanya.

Akhirnya, lelaki itu menemui jalan hidayah. Dia bertaubat kepada Allah swt dengan bersungguh-sungguh. Sejak itu, dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba Allah yang soleh.

Sumber:SOLUSI ISU#33

Wednesday, August 10, 2011

5 Tip Jaga MULUT elak DOSA


1. Bercakap pekara yang perlu

2. Elakkan bertanya urusan orang lain yang tidak berkaitan dengan diri sendiri

3. Mewujudkan suasana saling mempercayai

4. Menggunakan kata-kata yang lemah lembut

5. Elakkan perkataan bernada menghina dan mengejek


Yahudi menyesatkan Umat Islam melalui 5 'S'

Iaitu:

1. SPORT - Bersukan sampai tak ingat solat.

2. SMOKE - Daripada merokok kepada DADAH

3. SEKS - Seks berleluasa sehingga isu buang anak

4. SELEBRITI - Tonjolkan artis dan kekayaan melaluinya

5. SONG - Hiburan dan Konsert

Sumber : rancangan tv 9 ADIK DAN AL-QURAN

Tuesday, August 9, 2011

2 Madah sebagai renungan


1.Ada orang boleh solat banyak, tapi ingat Allah sedikit sahaja.
Ada orang solat sedikit tapi ingat Allah banyak.
Pilihan yang kedua kerana tujuan solat ialah untuk mengingati Allah.

2.Rasa kehambaan itu bukan sekadar di dalam solat sahaja,
tapi ia hendaklah dibawa ke mana-mana,
kerana kita di mana-mana sahaja tetap hamba,
agar sifat ketuanan tidak mengambil alih di dalam jiwa kita,
supaya kita tidak sombong, megah, pemarah, hasad, sum'ah, ujub dan lupa daratan.

Buku: Adab dan Doa