DOA UNTUK IBUBAPA

"Ya Allah, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa kesalahan ibubapa kami, serta kasihanilah ibubapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihi kami semasa kecil"
Showing posts with label Muhasabah solat kita. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah solat kita. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Muhasabah tentang solat kita...2

"...Ibn Abi Syaibah, Ahmad dan Al-Hakim meriwayatkan, sahabat Huzaifah bin Yaman berkata, "Pekara pertama yang akan luput dari agama mu ialah khusyuk dan akhirnya yang akan luput darimu ialah solat. ikatan Islam akan terungkai satu demi satu..."

Sumber: Dr Danial Zainal Abidin

Muhasabah tentang solat kita

"...Abdullah ibn Abbas berkata, "Maksud 'mensia-siakan solat' bukanlah meninggalkan solat sama sekali, tetapi melewatkannya dari waktunya". imam Said ibn Al-Musayyab mempunyai pendapat sama dengan Abdullah ibn Abbas. Beliau berkata, "Mereka melaksanakan solat zuhur dalam waktu asar, solat asar dalam waktu maghrib, solat maghrib dalam waktu isyak, solat isyak ditangguhkan sehingga masuk waktu subuh dan solat subuh dilaksanakan selepas matahari terbit. Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat, dia akan dihumban masuk ke dalam sebuah lembah yang bernama Ghay di dalam neraka dan diberikan makanan yang amat jijik". Hal ini disebutkan dalam Al-Asas fit tafsir oleh Said hawa..."

Sumber: Dr Danial Zainal Abidin

Wednesday, August 10, 2011

7 Syarat kusyuk dalam Solat


Iaitu:

1. Faham makna bacaan dalam solat.

2. Rendahkan hati dan diri ketika mengadap Allah dalam solat.

3. Memperbesarkan Allah dan melihat kehebatan Allah.

4. Menghadirkan hati ketika di dalam solat.

5. Malu kepada Allah.

6. Takut kepada Allah.

7. Rasa pengharapan semoga Allah mendengar doa kita.

Insyallah, sama-sama kita mencari kusyuk di dalam solat.

Sumber: Rancangan TV9 Tanyalah Ustaz oleh www.ustazamin.blogspot.com

Maklumat lanjut lawati laman Dr. Danial Zainal Abidin