DOA UNTUK IBUBAPA

"Ya Allah, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa kesalahan ibubapa kami, serta kasihanilah ibubapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihi kami semasa kecil"

Sunday, August 14, 2011

Boleh Buat Maksiat, tapi dengan Syarat…

Ada seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari HIDAYAH telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat bernama, Ibrahim Adham.

Beliau bertanya, apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat.

Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham:

“kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat:

1. Jangan kamu makan rezeki Allah..kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah.

2. Jangan kamu tinggal di bumi Allah..kerana tidak layak orang yang tinggal dibumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepadanya.

3. Buat maksiat…ditempat yang Allah tidak Nampak akan kamu.

4. Sekiranya malaikat maut datang…hendak mencabut nyawamu, maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau dapat bertaubat. Sekiranya engkau dapat melakukan pekara tersebut, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.

5. Sekiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang…hendak mengheretmu ke dalam neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya.sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.”

Setelah mendengar kata-kata tersebut, lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seorang hamba Allah untuk melakukan maksiat kepadanya.

Akhirnya, lelaki itu menemui jalan hidayah. Dia bertaubat kepada Allah swt dengan bersungguh-sungguh. Sejak itu, dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba Allah yang soleh.

Sumber:SOLUSI ISU#33

No comments:

Post a Comment

komen dah..korang bila lagi?